KENALI GRED UA – UNAUTHORISED AUTHENTIC [2020]

KENALI GRED UA - UNAUTHORISED AUTHENTIC [2020] 1KENALI GRED UA - UNAUTHORISED AUTHENTIC [2020] 2
Ramai yang tanya sebenarnya setiap kasut yang dihasilkan mempunyai kelas-kelas kualiti yang tersendiri

Dan pasaran harga untuk setiap kelas berbeza mengikut tingkatan kualiti kasut itu sendiri
Mungkin istilah seperti
GRADE AAA,
COPYORI,
PREMIUM,
REPLICA,
biasa dengarkan ? Tapi ,pernahkah anda dengar tentang

” UNAUTHORISED AUTHENTIC?”

Mai nak cerita sikit…
Sekiranya anda penggemar kasut,istilah ini mungkin masih terasa asing bagi anda
Seringkali timbul tanda tanya dan persoalan yang perlu dirungkaikan akan keberadaan istilah ini
Oleh kerana itu,kami akan berikan contoh supaya lebih mudah untuk memahami dan meneliti
Kebanyakan kasut sekarang tidak dihasilkan di kilang jenama itu sendiri,sebaliknya disubkan pada kilang kasut lain untuk menjimatkan kos
Blueprint yang mengandungi rekaan kasut,bahan,teknik jahitan dan lain-lain akan diserahkan kepada pihak kilang

Persetujuan akan dicapai dengan menetapkan kuota penghasilan kasut dan sekiranya pengeluaran kasut telah mencapai kuota maka perjanjian akan terbatal serta merta untuk mengelakkan kerugian jenama tersebut

Contohnya,kuota yang dipersetujui adalah sebanyak 1000 pasang,maka syarikat pembuat kasut tidak akan mengeluarkan kasut dengan jumlah yang ditetapkan

Sebaliknya,mereka akan mengeluarkan jumlah lebih untuk sekali pengeluaran misalnya 2000 pasang

Hal ini kerana,kilang mengeluarkan jumlah yang banyak pada satu masa untuk sekali pengeluaran Pengeluaran untuk jumlah yang sedikit akan menyebabkan kerugian yang sangat besar.

Selepas itu….
Setiap kasut yang sudah disiapkan akan melalui Inspection Quality atau pemeriksaan kualiti
Kasut yang melepasi piawaian dan garis panduan akan diberikan code sebagai pelepasan membawa jenama syarikat itu
Ini adalah kasut ORIGINAL

Lazimnya kasut ini akan mencecah ribuan ringgit di pasaran yang cuma ada di butik-butik tertentu
Kasut yang tidak melepasi pemeriksaan kualiti akan disingkirkanIni adalah ORIGINAL REJECT
Kemudian,setelah kuota telah mencukupi sebanyak 1000 pasang,maka kontrak akan terbatal serta-merta

Misalnya kilang menghasilkan 2000 pasang,kemudian kasut terakhir yang melepasi Inspection Quality adalah kasut yang ke 1300 pasang
Maka akan ada lebihan kasut sebanyak 700 pasang yang masih belum melepasi Inspection Quality

Kasut-kasut ini bukan reject,kerana masih belum melepasi pemeriksaan
Ini adalah UNAUTHORISED AUTHENTIC (UA)

Kilang masih mempunyai blueprint penghasilan kasut iaitu pelan atau cara-cara untuk membuat kasut
Jadi penghasilan kasut menggunakan blueprint yang ada menggunakan bahan yang lebih murah dan rekaan yang sedikit berbeza
Ini adalah PREMIUM dan COPYORIGINAL

Beza diantara PREMIUM dan COPYORIGINAL cuma pada penggunaan bahan
PREMIUM menggunakan bahan yang lebih berkualiti
Kasut GRADE AAA adalah kasut yang dihasilkan oleh kilang lain yang tidak mempunyai blueprint
Hal itu menyebabkan penggunaan bahan yang jauh lebih murah dan rekaan yang mempunyai perbezaan

Bagaimana dengan kasut REPLICA?
Kasut REPLICA dihasilkan semula dengan penggunaan bahan 75% yang sama dengan ORIGINAL

Hanya ORIGINAL REJECT dan UA yang mempunyai penggunaan bahan sama 100% menyerupai ORIGINAL
ORIGINAL REJECT mempunyai kecacatan pada penghasilanya manakala UA belum sempat memasuki Inspection Quality

Namun UA akan diagihkan kepada kelas-kelas mengikut kualiti bahkan apa yang membezakan UA dan ORIGINAL hanyalah pada CODE tetapi mempunyai jurang harga yang sangat berbeza.

Kami di EziShopee.com menyediakan kasut-kasut untuk kelas UA.

LIKE FACEBOOK PAGES : EZISHOPEE

KENALI GRED UA - UNAUTHORISED AUTHENTIC [2020] 3KENALI GRED UA - UNAUTHORISED AUTHENTIC [2020] 4KENALI GRED UA - UNAUTHORISED AUTHENTIC [2020] 5

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hey there!

SELAMAT KEMBALI

Login Semula Untuk Mula Membeli / Melihat Akaun