dropship & affiliate

DROPSHIP & AFFILIATE : JANA PENDAPATAN BISNES TANPA MODAL DAN MUDAH

DROPSHIP & AFFILIATE : JANA PENDAPATAN BISNES TANPA MODAL DAN MUDAH

 

Financial Freedom – siapa yang tak mahu, kan? Bebas dari belengu hutang, bebas membeli apa sahaja yang menjadi kehendak. Pasti terbayang kebahagiaan memiliki status kewangan yang paling tidak stabil atau lebih baik dari itu.

Anda mungkin berasakan pendapatan sedia ada tidak mencukupi atau anda masih lagi tercari-cari sumber pendapatan tetap setelah tamat belajar. Memilih dropship & affiliate sebagai salah satu punca pendapatan adalah satu langkah bijak yang bukan sahaja membantu menambah duit poket tetapi sebenarnya dropship & affiliate tidak memerlukan modal langsung!

Risiko juga sangat rendah atau tiada langsung! Apa yang diperlukan hanyalah semangat, rajin dan sentiasa berusaha.

Kami, ezishope turut memberi peluang ini kepada anda yang benar-benar berminat dan mahu mencari duit tepi.

 

Kelebihan

Antara kelebihan bergelar dropshipper & affiliate adalah :

  • Risiko rendah dimana anda tidak perlu pun menyimpan stok walaupun 1. Risiko kerugian akibat tidak terjual tiada langsung.

 

  • Urusan penghantaran produk diuruskan oleh pembekal anda sendiri, anda tidak perlu keluar dan uruskan shipping. Semuanya diuruskan , anda hanya perlu terus menjual

 

  • Keuntungan tinggi, jika anda berdaftar dengan kami di EziShopee, harga jualan anda yang tentukan. Terpulang berapa harga jualan yang anda mahukan. Namun kami advice RM15 setiap produk.

 

  • Bebas menjual dimana sahaja, anda boleh memilih untuk menjual samada di FB, WhatsApp, Carousell, Mudah, IG, Shopee dan lain-lain kecuali LAZADA. Memandangkan produk kami adalah Pre-Order, LAZADA bukan platform yang sesuai.

 

  • Share link sahaja duit masuk, apabila anda berdaftar dengan kami, anda secara automatic diberikan link khas sebagai Affiliate. Dimana link ini anda hanya share dimana sahaja kepada siapa sahaja. Bila berlaku pembelian dari link anda, 10% hasil jualan akan diberikan kepada anda. Tidak perlu download gambar, tak perlu buat copywriting. Hanya kongsi link.

 

  • Telus, anda dapat melihat sendiri report jumlah pendapatan yang anda jana.

 

dropship & affiliate

Cabaran

Namun setiap perkara, mustahil tiada cabarannya. Sebagai persediaan, kami berikan sedikit sebanyak apa yang perlu anda tahu.

Cabaran pertama anda sebagai dropship & affiliate mungkin anda akan mendapat pelanggan atau buyer yang tak sabar. Anda sudah maklumkan memerlukan 8 ke 12 hari untuk penghantaran tetapi hari kelima buyer sudah pun bertanyakan pesanan mereka dan jika tidak bernasib baik, anda dituduh cuba menipu.

Keduanya pula, buyer mungkin secara tiba-tiba mahu membatalkan pesanan sedangkan anda sudah pun proses pesanan tersebut. Anda perlu beritahu, buyer boleh membatalkan pesanan tetapi wang tidak dikembalikan.

Cabaran ketiga, buyer menerima pesanan yang salah. Perlu anda ketahui, jika mereka menerima pesanan yang salah seperti contoh : Beli kasut saiz 40, dapat saiz 38. Buyer boleh minta return tapi bukan refund.

Tetapi jika pesanan : Kasut saiz 40, terima pun saiz 40 tetapi buyer tak muat. Itu bukan maslah anda lagi, mereka tidak boleh refund dan return.

 

Keempat, order buyer out of stock. Selepas buyer setuju membeli baru anda dapat tahu produk tersebut sudah habis. Anda perlu kembalikan wang buyer atau offer produk lain.

Kelima, link affiliate tidak boleh digunakan. Facebook dan Instagram kerap mengubah rules mereka. Kerap terjadi link di blok dan langsung tidak digunakan. Maka anda perlu mempromosi dan menjual di platform lain sehingga kami setelkan masalah tersebut.

 

Rumusan

EziShopee menawarkan peluang sebagai dropship & affiliate adalah sesuatu yang menarik kerana banyak produk yang boleh anda pilih selain system yang tersusun akan memudahkan urusan anda di laman web untuk berdaftar, melihat report dan membeli pada harga dropship.

Setakat ini, anda boleh menjual kasut berjenama, tanpa jenama dan handbag berjenama. Lebih dari 250 produk yang kami tawarkan untuk anda pilih dan jual.

Join group telegram dropship & affiliate : t.me/Dropship_EZS

Daftar disini : bit.ly/ezs_dropship

Like Pages FB : https://www.facebook.com/EziShopee

Selamat Maju Jaya! Jumpa Anda Di Sana!

4 thoughts on “DROPSHIP & AFFILIATE : JANA PENDAPATAN BISNES TANPA MODAL DAN MUDAH”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hey there!

SELAMAT KEMBALI

Login Semula Untuk Mula Membeli / Melihat Akaun